Senin, 03 Maret 2008

Kata hikmat anak.

Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. ( Hamka).

Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu. ( maksud hadis ).

Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.

( Maksud hadis ).

Anak yang ditinggalkan ayah jarang yang tidak luka jiwanya sampai besar. (pepatah Melayu).

Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,kerana dia tupuan harapan,maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya. ( Hamka).

Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa। ( Hamka ).


kata hikmat Bahasa
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. (pepatah Melayu)

Barangsiapa yang mengetahui bahasa sesuatu kaum,nescaya terlepaslah dia daripada ditipu oleh kaum itu. ( Peribahasa Arab ).

Dalam seni bahasa kita, adalah ‘kunci’ kata-kata itu yang harus diperhatikan.Disinilah terletak halusnya,walaupun hanya empat atau lima baris. (Hamka)

Mengatur bahasa beerti mengatur fikiran bangsa,menambah kata-kata bahasa,beerti menumbuhkan fikiran bangsa.Bahasa itu adalah jiwa bangsa.(Sutan takdir)

Bahasa tidak boleh dijual beli. (peribahasa).

0 komentar: